BILANGAN PELAWAT

avanafil.net

TINGGALKAN PESANAN UNTUK DIHUBUNGI

Wednesday, 5 November 2014

Selamat Menduduki Peperiksaan!!!

Pihak Hidayah Lestari Resources mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon SPM dan STPM 2014. Bakal siswa/siswi 2015, insya-Allah.

Nantikan Seminar & Bengkel Hala Tuju Kerjaya 2015 yang akan diadakan pada Januari sehingga Mei di SELURUH NEGERI. Jangan ketinggalan untuk bersama kami bagi memudahkan urusan permohonan ke IPTA.

Monday, 29 September 2014

TAHNIAH!!!... Bersedia 2015



Nampaknya hampir genap sebulan lepasan STPM 2013 meneruskan pengajian di IPTA dan genap 2 minggu mereka yang mendapat tawaran melalui saluran rayuan. Pihak Hidayah Lestari Resources umumnya dan Seminar & Bengkel Hala Tuju Kerjaya serta Seminar Selangkah Ke Universiti mengucapkan TAHNIAH dan amat berbangga dengan pencapaian lepasa STPM 2013.

Bagi kemasukkan ke IPTA tahun 2014 ini ternyata pihak kami begitu gembira apabila ramai peserta seminar dan bengkel kendalian kami berjaya melangkahkan kaki ke Menara Gading. Adalah tidak mengejutkan apabila ada antara peserta yang memperoleh keputusan STPM yang minimum iaitu PNGK 2.00, 2.09 & 2.17 berjaya mendapat tempat. Begitu juga ada yang memperoleh bidang Pendidikan dengan PNGK 2.42.

Ternyata, dengan pemilihan bidang pengajian dan IPTA dengan bijak dan tepat mampu memberi tuah kepada lepasan STPM mahupun SPM yang sememangnya menjadi impian mereka bergelar siswa/siswi universiti. Bagi mereka yang tidak bernasib baik, kami bantu mendedahkan kepada mereka IPTS yang terbaik dan cara memilih bidang yang tepat dan bagus.

Maka, gerak kerja Hidayah Lestari Resources untuk kemasukan 2015 telah pun bermula. Seminar Selangkah Ke Universiti yang memberi fokus kepada pihak sekolah yang berminat telah rancak dijalankan sepanjang tahun. Manakala Seminar & Bengkel Hala Tuju Kerjaya yang berfokus kepada penyertaan individu akan mula di war-warkan pada Disember 2014 dan dilaksanakan bermula Januari sehingga Mei 2015.

Sekolah yang berminat boleh menghubungi kami untuk membuat temujanji berkaitan pakej yang kami tawarkan.

Tuesday, 2 September 2014

SEMINAR GEJALA DAN BAHAYA PENGGUNAAN DAUN KETUM - USM

Pada 28 Ogos 2014 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra, USM telah berlangsung Seminar Gejala dan Bahaya Penggunaan Daun Ketum. Pihak Hidayah Lestari telah di jemput untuk menyertai seminar tersebut sebagai NGO yang mengendalikan pelbagai bentuk aktiviti dan program melibatkan remaja. 

Seminar ini juga melibatkan pihak sekolah, guru, hotel, penjawat awam, NGO dan pelbagai pihak yang berkaitan. Seminar separuh hari ini banyak memberi manfaat kepada semua tentang penyalahgunaan DAUN KETUM.





PROGRAM SELANGKAH KE UNIVERSITI PRA-U 2014 - SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

Pada 26 & 27 Ogos 2014, SMK Datuk Haji Ahmad Badawi telah menjemput pihak Hidayah Lestari Resources untuk menjayakan program Selangkah Ke Universiti bagi memberi penerangan jelas dan pendedahan berkaitan hala tuju kerjaya. Pihak sekolah mengambil Pakej Lengkap 4 Modul Seminar Selangkah Ke Universiti. 

Jurulatih Hala Tuju Kerjaya telah hadir dan bersemuka dengan hampir 100 pelajar tingkatan 6 Atas (Calon STPM 2013/2014) pada 26 Ogos. Manakala pada 27 Ogos melibatkan hampir 100 pelajar 6 Bawah (Calon STPM 2014/2015). 

Pada 26 Ogos kami memberi fokus kepada 2 Modul iaitu Modul Peluang dan Bidang Kerjaya di Universiti serta Modul Motivasi Sentuhan Terakhir DeZIRE. 

Pada 27 Ogos kami memberi fokus kepada 2 selebihnya. Semoga kehadiran pihak kami memberi banyak manfaat kepada semua. 

Sekolah yang berminat boleh menghubungi kami untuk membuat temujanji berkaitan pakej yang kami tawarkan.





PROGRAM SAYA INGIN KEMBALI KE SEKOLAH - PPD SPU, PENANG

Pada 19 hingga 21 Ogos 2014, kami telah terlibat dalam Program Saya Ingin Kembali Ke Sekolah yang dikelolakan oleh PPD SPU, Pulau Pinang. Program yang bertempat di Putri Ayu Chalet & Training Centre, Yan Kedah ini telah melibatkan pelajar-pelajar terpilih Sekolah Menengah dalam kawasan PPD SPU.

Program yang berfokus untuk mewujudkan kembali minat dan keinginan pelajar untuk kembali ke sekolah ini telah di isi dengan pelbagai akiviti dan modul khas.

Program ini melibatkan 61 pelajar lelaki yang sememangnya mempunyai potensi dan nilai-nilai yang boleh di asuh untuk menyayangi sekolah dan mencintai ilmu.

Sekolah yang berminat boleh menghubungi kami untuk membuat temujanji berkaitan apa jua keperluan program sama ada kerjaya, motivasi, jati diri, disiplin, kepimpinan, prs dan sebagainya.