DeMI ZAMAN IMPIAN REMAJA
KEM MOTIVASI :
SEPARUH / SATU / DUA / TIGA HARI DUA MALAM
DIKENDALIKAN OLEH:
AKADEMI HIDAYAH LESTARI (AHLI)
RASIONAL
Remaja merupakan generasi yang penting untuk pembangunan negara pada masa hadapan. Mereka adalah golongan pemangkin kepada kecemerlangan dan keutuhan bangsa. Bangsa sesebuah tamadun akan goncang jika jiwa para pemudanya gersang dari nilaian murni dan modal insan yang sepatutnya.
Bagi membolehkan para remaja mencapai kejayaan yang sebenarnya, remaja memerlukan semangat dan jati diri untuk menjadi benteng kekuatan dan ketahanan diri bagi melalui realiti kehidupan di zaman ini. Justeru itu pendedahan program motivasi remaja amat penting kepada semua remaja yang ingin memperolehi kecemerlangan dalam tujuan hidup mereka.
Program ini diilham dan dirangka khas untuk melahirkan remaja yang mempunyai daya juang yang tinggi, matlamat yang jelas dan mempunyai semangat untuk berjaya melalui kesedaran yang wujud dari dalam diri remaja itu sendiri.
OBJEKTIF
”MENCIPTA KEJAYAAN DENGAN HARAPAN DAN IMPIAN”
Melahirkan remaja yang bermotivasi tinggi dan rajin berusaha dan tahu perjalanan sebenar kehidupan termasuk kerjaya.
Melahirkan remaja yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap Diri ,Tuhan, Keluarga, Bangsa dan Negara.
Melahirkan remaja yang cergas aspek fizikal dan cerdas dalam aspek mental untuk menghadapi cabaran masa depan.
Menyedarkan para peserta bahawa sikap negatif boleh menghalang kejayaan insan perlu dikikis dan diganti dengan sikap positif.
TEMPOH PELAKSANAAN
BERDASARKAN JAM
SEPARUH HARI
SATU HARI
DUA HARI SATU MALAM
TIGA HARI DUA MALAM
SASARAN
REMAJA (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH)
PRE-REMAJA (MURID SEKOLAH RENDAH)
FASILITATOR
Fasilitator dari Akademi Hidayah Lestari
Fasilitator dari DeZIRE Team
Fasilitator Jemputan
Jurulatih bertauliah
Program ini akan dikendalikan oleh fasilitator yang berpengalaman luas dalam mengendalikan program motivasi pelajar dan kepimpinan pelajar.
PENGISIAN / TENTATIF PROGRAM
BIMBINGAN MOTIVASI / KECEMERLANGAN / KERJAYA
TIP DAN LANGKAH KEKUATAN DIRI
HALA TUJU MENCAPAI KEJAYAAN
BUILD YOUR FUTURE
BIMBINGAN ROHANI
LATIHAN DALAM KUMPULAN
RIADAH KECERGASAN
PERMAINAN MINDA
DAN LAIN-LAIN